Thursday, 25 September 2014

TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR BAHRU...

MALAY VILLAGE RESTAURANT ANTARA PORT MAKAN BEST DI JB...

Pada malam minggu 20/9/2014 yang lepas, saya, isteri dan Supermom sisters datang makan di sini...Terlanjur kami mempunyai misi di Johor tak lengkap rasanya kalau tidak menyinggah di restautant ini...

Terletak di no.9,Jalan kolam Air,80000, Johor Bahru, restaurant ini di buka seawal jam 11 pagi hingga ke 12 tengah malam...Jika tidak mahu berebut tempat duduk anda boleh juga membuat tempahan di no 07-2211221 @ 017-7337303...Banyak killer menu disini, antaranya Siakap Terbang, Udang Goreng Butter dan pelbagai lagi hidangan yang aku pun tak ingat namanya...Pada sesiapayang melalui kawasan berhampiran ini bolehlah mencuba makanan disini...Selain rasanya yang mantop, harga juga amat berpatutan.. Ok, jumpa lagi.....


Signboard sisi di pintu masuk...


Dari pandangan hadapan pintu masuk...


Kaunter 


 Ayam goreng tepung...


Siakap terbang... 



 Kangkung goreng belacan 

kerabu mangga...


Siakap terbang dan ayam penyet...



 Siakap stim...

Selamat menjamu selera...






Tuesday, 23 September 2014

SENYUM SEPINTAS LALU...

Dia mati kerana durian...

Alkisah sebuah pesawat kecil telah terhempas di dalam hutan tebal di Kalimantan Indonesia...Ketiga-tiga pilot tersebut terselamat selepas pesawat mereka tersangkut di celah2 pokok yang besar tetapi malang nasib mereka kerana telah di tawan oleh puak kanibal yang sangat kejam dan ganas...Nasib mereka agak baik kerana pada hari itu mereka baru meraikan hari jadi ketua mereka...Ketua mereka berkata "aku akan bebaskan kamu jikalau  berjaya membawa setiap orang 10 biji buah yang ada di dalam hutan ini dalam masa 2 jam"...

Setelah 2 jam pilot yang pertama kembali membawa 10 biji buah jambu batu...Ketua mereka berkata, "baik, kamu akan masukkan sepuluh buah jambu batu ke dalam lubang punggung  satu persatu.Kalau kamu merintih atau bersuara, kamu  akan saya potong2 menjadi sate"...

Perlahan2 sang pilot memasukkan buah jambu batu kedalam lubang punggungnya...Dengan penuh perjuangan dan susah payah akhirnya dia berjaya.Namun pada buah jambu batu kedua,  dia tidak dapat menahan sakit yang teramat sangat lalu ia merintih...Dengan kejam ketua puak itu memengal kepala si pilot pertama dan naiklah pilot itu ke alam berikutnya...

Pilot yang kedua sampai membawa 10 biji buah langsat...Ketua puak itu pun memerintahkan perkara yang serupa...Kata pilot yang ke2 itu dalam hati"ohhh kalau setakat buah langsat tentu kacang jer"...Satu langsat masuk, dua, tiga dan seterusnya...Tapi pada saat dia memasukkan langsat yang kesepuluh ketua puak itu memenggal kepala pilot yang kedua dan dia pun naik ke alam yang seterusnya...

Saat roh pilot yang kedua naik dia terjumpa roh pilot yang pertama..

pilot 2: Wah ko mati jugak ker?
pilot 1: Ya...Aku bawak buah jambu batu...Kan besar dan keras dah tentu sakit...Celaka betul!!! Dah tu ko bawak buah apa???
pilot 2: Langsat...
Pilot 1: Langsat? Itukan kecil dan lembut...Kalaulah aku mesti aku masih bernyawa lagi sekarang...
Pilot 2: Memang betul...Aku masukkan semuanya satu persatu tanpa masalah tetapi pada buah yang kesepuluh aku tertawa lalu kesemua buah langsat itu keluar semula...
pilot 1: Bodoh betul kau nih!!! Kenapa kau ketawa???
pilot 2: Habis tu masa aku memasukkan buah yang kesepuluh aku nampak pilot ketiga sampai bawak buah durian...
pilot 1: Kahkahkahkah....


SEKADAR GAMBAR HIASAN...

KITAR SEMULA PALLET TERPAKAI

Tips kedua tentang pallet...

Semalam aku ada berkongsi tentang kegunaan pallet untuk deco kedai atau rumah korang...Hari ni nak kongsi satu lagi kepelbagaian yang korang boleh buat..Apa dia agaknya...Hahaha ia adalah frame gambar...Korang boleh design bingkai gambar mengikut cita rasa korang dah tentunya cuma korang sorang jer yang ada design camtu sebab ia hand made korang...

Sebenarnya ia datang secara spontan...Masa tengah deco kedai datang seorang brader pemilik bundle berjiwa rockers kental bertanya boleh buat frame poster2 rocknya...Aku pun terfikir kenapa tak aku cuba...hahaha, dapat gak side income....ok Ini antara bingkai2 yang aku buat awal2 dulu...Kalau sekarang mungkin lebih baik dan kemas lagi cuma sekarang memang tak lah ....Rehat panjang tapi kekadang rindu gak nak pegang mesin...hahaha Selamat mencuba...

 

 Projek pertama ialah bingkai berbentuk pedang untuk poster kiss...



 Projek kedua bingkai berbentuk gitar dan bass untuk poster black sabbath...

 

 Disebabkan poster itu sudah terkoyak jadi bingkainya turut senget...

 



 

Antara hasil tangan saya....

TIPS JIMAT DARI KAYU PALLET...


PALLET...

Tiga tahun dulu masa  nak buka kedai baru pakaian kanak-kanak  dengan modal yang agak terhad,terpaksa nak jimatkan kos untuk decoration sebab aku rasa modal yang ada lebih baik buat beli barang yang nak diniagakan...Puas aku pikir macam mana nak buat tetiba aku terpikiaq pasal pallet masa lalu kat tanjung bidara melaka tatkala melihat timbunan pallet seperti bukit di tepi jalan...Mula-mula ingat nak hambek jer...rupa-rupanya jual laaa pulak...last bincang-bincang dapat beli. 5 hengget hengko satu pallet...Aku amek dalam 400 hengget gak arr...Sib baik dapat diskaun sket kalau tak memang aku bako je timbunan pallet dia pasal kilang bayar kat dia untuk lupuskan pallet-pallet tu dia boleh plak jual balik ...Dua kali huntong ko yer pakcik.......


Inilah ghopernyer pallet tu yer...

 

Pallet ni ada banyak jenis...Kalo nak pilih cari pallet dari kayu pine...Kayunya ringan, warnanya agak putih kekuningan dan iranya cantik...Jangan plak ambil pallet yang alas batu bata atau simen kerana pallet tu tak sesuai...Biasanya carilah kat belakang kawasan kilang huntong-huntong jumpa, jimat lagi duit ko...

Step kedua kenelah ada mesin dan alat-alat pertukangan ...Sib baiklah aku memang ada mesin dan alat-alat pertukangan aku sendiri almaklumlah dulu aku pendawai PW4 dan penjaga jentera A1...Antara mesin yang kena ada lebih kurang cam ni haaa...




Kalau korang ada kelengkapan sebegini dah memang mudah sangatlah...Tapi kalau ada ketam kayu dan sender lebih baik lagi...





Inilah hasilnya apabila telah siap...Warna-warna dinding adalah cat-cat lebihan yang aku adun semula dan match kan tone warnanya...Jadi jika anda ada masa lapang dan minat yang sama,boleh rujuk kat uncle google design menarik atau nak buat bangku dan meja sendiri...Selamat mencuba...